testimoni

APA KATA MEREKA YANG TELAH MENGAMALKAN HERBA KENCANA 



NAZILA – PELAJAR 18 TAHUN

Kesakitan Masa Kedatangan Haid dan Migrain
Saya sentiasa mengalami kesakitan yang teruk semasa kedatangan haid dan mengalami migrain pada setiap bulan. Saya terpaksa mengambil cuti dan suntikan oleh doktor untuk mengurangkan kesakitan ini. Saya telah mencuba berbagai ubat hospital dan jamu-jamu lain, namun semuanya tiada berkurangan malahan makin bertambah pula kesakitannya. Sehingga suatu hari saya diperkenalkan Herba Kencana ini. Pada bulan pertama mengambil Herba Kencana ini, masalah senggugut dan migrain telah tiada. Syukur Alhamdulillah, kini saya boleh meneruskan pembelajaran dengan senang hati tanpa rasa risau menahan kesakitan. Herba Kencana Benar-benar membantu.







HARON, USIA 60an – SEORANG PEMANDU TEKSI

Tenaga Yang Hebat
Saya seorang pemandu teksi yang selalu berulang-alik dari Tampin, Negeri Sembilan ke Melaka. Kadang-kadang ketika memandu, badan saya terasa lenguh dan kejang di bahagian lutut dan ini membahayakan nyawa saya dan juga penumpang. Di samping itu saya juga mengalami masalah rasa sakit di bahagian tulang belakang. Suatu hari selepas pulang dari kerja, anak saya memberi saya mencuba Herba Kencana. Dalam masa setengah jam saya merasa lenguh-lenguh di bahagian badan beransur hilang, kemudian badan saya mengeluarkan peluh yang banyak, kemungkinan toksin yang keluar. Keesokan harinya, badan saya berasa cergas dan ringan. Alhamdulillah, Herba Kencana dapat memberi tenaga yang hebat.







ROKIAH, USIA 50an – SURI RUMAH

Masalah Sakit Sendi
Saya telah mengalami sakit lutut, di mana hampir 2 tahun saya terpaksa sembahyang sambil duduk (tidak boleh berdiri lama) dan mengalami sakit-sakit sendi. Saya telah mencuba bermacam-macam ubat dan produk, tetapi tidak berkesan. Sehinggalah anak saya memberi saya mencuba Herba Kencana. Alhamdulillah kerana setelah mengambil 4 kapsul Herba Kencana setiap hari dan setelah botol yang kedua, penyakit saya semakin pulih.








NADIA, USIA 20an – JURURAWAT

Masalah Resdung dan Tidak Nenyak Tidur

Saya sering mengalami masalah untuk tidur dengan nyenyak. Saya juga mengalami masalah Resdung yang agak kritikal. Apabila mengamalkan Herba Kencana secara berterusan, saya dapat merasai kelainan dan dapat tidur dengan lena di waktu malam dan masalah alahan resdung semakin berkurangan. Kini saya tidak lagi kerap bersin setiap pagi. Saya juga rasa amat beruntung menemui Herba Kencana dan saya berharap apa yang saya nikmati turut dinikmati oleh orang lain. Saya amat berpuas hati dengan pemakanan tambahan ini yang dapat menyelesaikan masalah saya. Saya sarankan rakan-rakan turut mengambil pemakanan Herba Kencana dan serlahkan diri anda diusia 20an.






NURUL HIDAYAH, 19 TAHUN – PEKERJA SWASTA

Saya mengalami masalah berat badan yang tidak stabil. BML saya sering turun naik. Sebelum ini berat badan saya 60 Kg tetapi kini ianya telah turun kepada 49 Kg dalam masa sebulan saya mengambil Herba Kencana. Kini berat badan saya kekal walaupun saya makan dalam kuantiti yang banyak kerana sistem penghadaman saya menjadi lancar dan tidak lagi mengalami masalah sembelit. Selain dari itu saya mengalami masalah resdung yang teruk sehingga saya mengalami rambut gugur yang banyak. Saya juga mengalami masalah keputihan dan juga migrain. Kini saya telah mengamalkan pengambilan Herba Kencana hampir satu tahun. Kitaran haid saya amat tepat dan teratur serta tiada masalah sengugut. Terima kasih Herba Kencana, alhamdulillah setakat ini badan saya cergas dan sihat.




ROSEMARIA – SURI RUMAH

Semasa dalam pantang selepas melahirkan anak yang ketiga, saya mengamalkan Herba Kencana 6 biji sehari dan saya dapat merasakan ianya amat berbeza berbanding dengan jamu-jamu yang lain kerana dalam masa 6 bulan, berat badan saya turun dari 64 Kg kepada 58 Kg. Semasa dalam pantang juga saya tidak mengalami masalah angin dan darah nifas keluar dengan amat banyak. Saya dapat merasakan anggota peranakan saya menjadi amat cuci dan ini menghindari masalah fibroid yang saya takuti. Anak saya tidak terkena penyakit kuning malahan dia amat cerdas dan aktif dan tidak alahan. Saya telah menyusukannya ketika saya mengambil Herba Kencana. Bagi saya Herba Kencana memang pemakanan tambahan yang terbaik pernah saya temui dan yakin akan mengamalkannya sampai bila-bila.







KAMISAH (43 TAHUN), SURIRUMAH  - Secara SMS dan MMS

Herba Kencana yang encik buat ni membuatkan suami saya kata saya macam anak dara dan ada power. Tq.
Ok encik tq sekali lagi kerana Herba Kencana hidup saya sangat bahagia tq encik pandai buat Herba Kencana ni, boleh saya tahu berapa jenis herba yang encik campur.










PUAN FAUZIAH (JHIE), PERUNDING KECANTIKAN

Sblm ini sy m’amalkn 4kapsul Herba Kencana shari ttp stelah mlahirkan anak ke4, sy m’ambil 6kpsul shari d sblh mlm shj. Smasa d dlm pntg, sy m’amalkn Herba Kencana ini sbnyk 8bj sehari(4 pg, 4 mlm). Alhamdulillah dlm ms 2 mnggu brt bdn sy telah susut sbnyk 12kg dari 60kg slps brsalin. Kini stelah berterusan m’amalkn Herba Kencana brt bdn sy kekalkpd 45kg shj. Tmbhn kulit sy klhatan lbh halus, licin dan gebu serta tdak mudah bparut hitam jika trluka dan cpt hilang. Sy rs sgt bsykur krn d prtemukan dgn hrba kncana malah sy tlh mgamalkn h.k sjak 4 thun yang lalu. Kini hk sgt serasi n sbti dlm dri jga kshtan dlman sya… sy sgt gmbra dgn mgamalkn hk btrrusan sy dpt mngembalikn brat bdn asal sy sewk2 ank dra dlu. Dan yg pling pnting skali walau pn brt bdan sy trun 15 kg dlm masa sngkat sy tidak mgalami mslah gastrik, pdih ulu hti tdak jga trjdi nya kulit yg mengelmbir @pn d panggil boyak slpas brsalin… terima kasih hk ’Engkau lh Ratu d hatiku’….