pengasas


Realiti Penemuan Terkini Dalam Dunia Herba

              Persoalan demi persoalan mutaakhirin bermain di segenap benak pemikiran semua apakah benar herba adalah salah satu daripada berbagai kaedah atau pemakanan kesihatan altenatif yang berkesan membantu memulihkan atau melegakan serta menghilangkan penyakit-penyakit di kalangan manusia? Berbagai andaian dibuat dari kalangan orang awam, pengamal perubatan herba, pakar pemakanan moden, doktor-doktor perubatan moden, para saintis, pengkaji herba dan  lain-lain. Banyak fakta yang menyokong fakta-fakta yang diterima dengan jelas dan tidak kurang pula yang memperli, menolak mentah-mentah dan berbagai lagi andaian yang kadang-kadang amat sukar dimengertikan.

              Memang benar tiada sesuatupun yang bersifat mutlak di dunia ini, segalanya adalah sementara sebelum berlaku penemuan baru. Sifat suka mengkaji, meneliti dan mengkritik merupakan sifat semulajadi kejadian manusia. Contohnya air, berbagai kaedah direka bertujuan untuk lebih menyihatkan lagi manusia . Berbagai nama dan khasiat diwar-warkan. Jika dibandingkan dengan herba, nescaya herba paling popular dibandingkan dengan yang lain kerana ‘Herba’ adalah antara bahan perubatan yang tertua di dunia. Dari zaman Nabi Adam A.S. hingga kini herba tetap menjadi pilihan utama untuk ‘santapan’ badan manusia yang semakin hari semakin lemah menerima tindak balas alam yang semakin tercemar. Khasiat herba tetap diwarisi dari satu generasi ke generasi terkemudian dan akhirnya pada hari ini herba telah menjadi salah satu produk perniagaan yang begitu pesat berkembang dan begitu hebat menjana ekonomi sesebuah tempat dan negara.

              ‘Herba Kencana’ hanyalah satu nama sahaja. Apalah yang ada pada nama? Semua orang boleh menamakan sesuatu mengikut selera masing-masing. Herba Kencana mampu menggoncang dunia. Perubatan Altenatif? Mustahil…mustahil.. Tetapi ramai dikalangan kita yang sering mengucapkan ‘Tiada yang mustahil di dunia ini’. Hebat sangatkah Herba Kencana berbanding dengan herba-herba lain yang ada di pasaran? Ah..sama saja. Cuma namanya sahaja yang berbeza. Tetapi kita perlu ingat walaupun banyak benda yang sama di dunia ini, namun banyak juga yang tak sama bahkan terlalu ketara perbezaannya.

             Herba Kencana lahir dari sebuah pengalaman hidup. Herba Kencana  juga boleh dikatakan satu ‘Anugerah Ilahi’. Sangat remeh bagi Allah S.W.T menganugerahkan sesuatu kepada hamba yang dipilihNya. Cuma kadang-kadang hati manusia sukar bersyukur dengan segala anugerahNya. ‘Kisah sulit’ herba Kencana telah disebarkan. Kini kisahnya telah menjadi  milik semua. Kisahnya telah dinilai dan Alhamdulillah ramai yang memberi sokongan agar kisah ini dijadikan santapan umum. Lantaran itu, pihak syarikat telah membuka laman web Herba Kencana iaitu www.kencanaherbs4u.com.my. Segala kisahnya terpampang di situ. Boleh diikuti oleh seluruh penduduk dunia. Sangat ramai yang mempercayainya dan menjadi pengamal setia Herba Kencana dan tidak kurang juga yang tunggu dan lihat. Golongan yang tidak berpuas hati?... Juga kedapatan  mereka yang bersikap begitu sebab kelahiran Herba Kencana memberi cabaran yang besar kepada produk-produk lain berasaskan herba. Telah menjadi adat dunia cabaran dan halangan wujud di mana-mana dan di dalam apa jua bidang yang diceburi. Lagipun semua manusia telah dibekalkan dengan sifat cemburu dalam hati masing-masing. Norma manusia memang sebegitu.

               Kini Herba Kencana dikatakan berada dalam ‘statusnya’ yang tersendiri. Keadaan ini disebabkan Herba Kencana memiliki bermacam-macam khasiat yang menakjubkan sesuai untuk semua jantina dan usia. Walaupun purata tertinggi pengamal Herba Kencana adalah golongan wanita, namun di kalangan lelaki ia tidak kurang hebatnya. Dari sehari ke sehari Herba Kencana begitu lantang diwar-warkan lantaran keupayaannya membantu merungkai serta memulihkan berbagai masalah kesihatan dalaman dan luaran. Perkembangan yang ‘sukar dinafikan’ ini adalah satu anugerah paling bernilai untuk semua manusia.

              Tiada sesuatu yang paling berharga buat pengasas produk Herba Kencana apabila pengamal Herba Kencana berpuas hati dengan Herba Kencana. Dan sangat sukar ditemui Pengasas merupakan pengamal setia herbanya. Dia juga kaunselor sepenuh masa untuk produk ini. Kejujuran menghasilkan produk dan sikap bertanggungjawab sepenuhnya terhadap produk yang dihasilkan adalah suatu sifat utama yang mesti dipertahankan.

            Herba Kencana terus berkembang dari mulut ke mulut. Ia bermula daripada satu daerah kecil yang terpencil. Auranya terus ke serata pelusuk negeri melalui kaedah pemasaran tersendiri yang kadang-kadang amat berbeza daripada kaedah pemasaran kebanyakan syarikat-syarikat yang lain. Walaupun sistem pemasarannya lebih bersifat peribadi, namun kekuatan yang ada pada Herba Kencana terus berkembang pesat dan paling hebat diterima umum. Puji-pujian dan berbagai bentuk anugerah berupa penghargaan diterima daripada pengamal-pengamal Herba Kencana.

               Di kalangan wanita, Herba Kencana digelar sebagai ‘Tonik Rahim’, ‘Herba Emas’ dan berbagai lagi gelaran-gelaran terkini yang hebat-hebat dan menarik. Keadaan ini membuktikan betapa hebat Herba Kencana membantu menyelesaikan masalah kesihatan dan kecantikan yang menjadi idaman semua terutamanya kaum hawa.

                Bagi merealisasikan impian semua (mendapat herba yang berkesan), pihak syarikat telah melantik wakil-wakil atau cawangan-cawangannya diseluruh negeri. Sehingga kini pihak syarikat mempunyai lebih daripada 300 wakil pengedarnya di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Dan perkembangan terkini Herba Kencana telah diterima di Singapura dan negara Brunei. Rangkaian pengedar-pengedar Herba Kencana dijangka terus berkembang pesat dari sehari ke sehari lantaran permintaan yang tinggi di kalangan pengguna.

                    Herba Kencana membantu merungkai dan memulihkan masalah kesihatan termasuk berbagai penyakit kategori ‘Kronik’. Herba Kencana juga disyorkan dikombinasikan dengan perubatan atau ubat-ubatan moden sebagai asas yang paling berkesan memulihkan penyakit-penyakit kronik kerana ia setakat ini (menurut pengalaman pengamal Herba Kencana) ia saling bantu-membantu antara satu sama lain.

                  Bagi golongan wanita (terutamanya yang telah berkahwin) Herba Kencana dikatakan produk pemakanan kesihatan paling berkesan diamalkan semasa dalam pantang. Statistik ini kami ambil berpandukan kenyataan-kenyataan pengguna yang terus mengamalkan Herba Kencana pada hari kedua selepas melahirkan anak. Herba Kencana juga sangat berkesan membantu masalah senggugut, kitaran haid yang tidak menentu dan tidak lawas, mengecutkan peranakan  dan sebagai bahan perapat wanita yang cukup berkesan, resdung dan elergic rhynitis, buasir, melawaskan pembuangan air besar dan kecil, membuang saki baki darah terkumpul di dalam dan di dinding rahim, menstabilkan hormon, memulihkan masalah-masalah penyakit kulit kronik, memberi stamina, menghaluskan serta melicinkan kulit, menurunkan berat badan ke tahap ideal dan berbagai-bagai lagi khasiat yang sukar di jangkakan oleh akal fikiran manusia. Inilah yang dikatakan ‘Penemuan Terkini’ Herba Kencana sebagai salah satu bahan pemakanan kesihatan altenatif yang unggul dan paling berkesan.

               Kami sebagai pelopor dan pengeluar produk Herba Kencana mengajak seluruh rakyat Malaysia agar melihat Herba Kencana sebagai satu ‘Penemuan Terkini’. Bersama-sama memberi penilaian positif tanpa prejudis. Sesuatu yang benar pasti benar. InsyaAllah Herba Kencana adalah santapan bermakna buat seluruh insan.