Dengan kebesaran Allah yang Maha Esa terhasilnya Herba Kencana daripada beberapa jenis herba yang diolah khusus sebagai pemakanan tambahan. Herba Kencana dihasilkan semata-mata untuk menghapuskan komplikasi akibat penyakit-penyakit yang bergantung sepenuhnya kepada pengambilan ubat-ubatan moden secara berjadual.
Herba Kencana pada asalnya ditemui sebagai “Pemakanan Peribadi” diperingkat permulaan sebelum diusahakan untuk dipasarkan kepada umum.
Kenapa Herba Kencana dikenali sebagai “Pemakanan Peribadi?” Sejarahnya bermula..
Pada usia 34 tahun, saya telah disahkan oleh pakar perubatan menghidap Hipertensi, batu karang dalam buah pinggang, jantung melebihi saiz asalnya (mengembang), Asid Urik Berlebihan, Kolestrol berlebihan, Gastrik dan kebas anggota badan. Pada usia semuda itu, situasi tersebut amat memberi tekanan emosi. Saya seolah-olah sukar menerima hakikat tersebut. Penyakit tersebut seolah-olah meragut 60% kehuidupan yang saya jalani selama ini. Saya sentiasa berfikir dan terus berfikir…
Pertama : Bagaimana saya boleh menerima kenyataan bahawa saya menghidap Hipertensi
Kedua : Apakah kaedah rawatan terbaik untuk memulihkan kesihatan saya seperti sediakala?
Langkah pertama yang saya lakukan adalah mengamalkan pengambilan ubatan yang disyorkan oleh doktor secara berjadual. Alhamdulillah, tekanan darah saya kembali normal. Walaupun demikian, setelah lebih kurang 6 bulan saya mengamalkan ubatan yang disyorkan oleh doktor, saya terpaksa pula berhadapan dengan komplikasi-komplikasi berikut :
- Pening Kepala
- Keletihan yang berlebihan (lebih kurang 1 hingga 2 jam sehari)
- Kebas setelah kiri badan
- Kuku jari terasa menyucuk seperti terkena arus elektrik bervoltan rendah
- Tidak boleh berdiri terlalu lama
- Tidak boleh berada dibawah panas terik matahari terlalu lama
- Lemah Tenaga Batin (Fungsinya 60% sahaja)
- Hilang mood untuk berfikir
- Pendiam (kemurungan)
- Berpeluh sebelah badan
- Mudah Stress
- Mengalami masalah penghadaman yang tidak lawas
- Mengalami Uluran angin (Hernia) yang kritikal
- Sesak nafas
- Penglihatan semakin kabur
- Mudah letih
- Malas untuk melakukan sesuatu
- Peningkatan kadar gula dalam darah
- Gastrik
- Terlalu sensitif dalam pemakanan harian
- Sukar tidur dan waktu tidur tidak tetap
- Lenguh-lenguh anggota badan
- Ketegangan saluran darah di leher
- Lain-lain
Mengharungi suasana hidup yang sedemikian, saya hanya dapat merasakan “Mati Bakal Mendatang”. Gaya hidup yang terpaksa saya lalui amat megecewakan. Untuk memulihkan komplikasi-komplikasi tersebut saya terpaksa menghabiskan ribuaan ringgit mencuba dan megamalkan produk-produk makanan kesihatan yang terdapat dipasaran. Tetapi semua itu tidak mampu memberikan kesan memuaskan sebagaimana yang saya harapkan. Akibatnya, saya sudah tidak mempercayai atau meyakini semua produk-produk tersebut. Saya hanya bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan yang disyorkan oleh doktor. Saya kecewa dan amat putus asa.
Pada suatu hari saya dipertemukan dengan lelaki separuh umur. Pada pandangan saya, beliau memiliki keistimewaan tersendiri. Rupa-rupanya hamba ALLAH ini diutuskan untuk memberi nafas baru dalam hidup saya. Dialah mahaguru yang mengajar saya bagaimana menyelesaikan konflik kesihatan dan emosi saya selama ini. Saya amat bersyukur ke hadrat ilahi…
Bertitik tolak daripada nasihat teman-teman yang mengenali saya dan amat arif dengan kesihatan saya sebelum ini, telah menasihatkan saya dengan kata-kata yang amat bermakna untuk saya dan mereka : “Anda sekarang telah menemui emas, sebarkanlah nilainya kepada manusia lain, semoga mereka juga mendapat manfaat yang bermakna seperti mana anda”.
Daripada nasihat teman-teman juga, saya akhirnya memohon dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Setelah mendapat kelulusan tersebut, saya persembahkan sedikit hasil usaha saya yang tidak seberapa ini untuk dimanfaatkan oleh mereka yang mengalami masalah kesihatan sepertimana yang pernah dialami oleh saya dan bagi mereka yang mementingkan penjagaan kesihatan.